Sunday, 1 November 2015

Second chance

Assalam...
3 bulan yang lepas aku masih bergelar staff di MMC...
Dan sekarang aku kembali menjadi pelajar..yeay!!!!
Semua orang "doubting" keputusan aku untuk sambung belajar dengan persepsi yang sekarang nie susah nak dapat kerja..
Sebenarnya aku rasa aku patut bagi peluang kedua pada diri sendiri untuk buktikan kemampuan diri sendiri...
Lagipun bekerja tiba-tiba jadi sesuatu yang membosankan pada aku..

Ironinya, aku bagi peluang kedua pada diri sendiri tapi aku tak pernah bagi peluang kedua pada orang lain...
Mungkin agak kejam atau kasar tapi aku tak percaya pada peluang kedua...
Sebab kepercayaan yang akan dibina untuk kali kedua biasanya tak sama dengan kepercayaan yang wujud pada kali peertama...
Dan sebab lebih kukuh aku tak suka "cycle" membina kepercayaan sebab sangat susah...

Tapi sekarang aku percaya semua orang layak untuk diberi peluang kedua sedangkan aku pun harap ALLAH bagi peluang kedua pada aku..
Setakat ini aku cuma belum mampu ataupun aku tak cuba untuk beri peluang kedua pada dia...
Jadilah apa sekali pun peluang tu tak kan wujud dan tak kan pernah ada...
Maaf aku cuma manusia yang ambil masa utuk sembuh dari kesakitan kerana luka yang aku ada tak kan pernah sembuh...
Aku kena carik plaster buatan khas rasanya untuk sembuh...
Dan aku belum jumpa plaster...

Kadang-kadang aku terasa kalah pada bisikan syaitan yang sentiasa menghasut...
Bila jadi macam tu aku akan rujuk pada niat asal aku dan cari kawan-kawan aku masa tengah ambil diploma dulu...
Alhamdulillah sampai sekarang mereka masih dengan aku walaupun tahu macam mana "fussy" dan cerewetnya aku...

Untuk mereka yang sama alami situasi macam aku seharusnya jangan dilayankan perasaan tu...
Sebabnya kemungkinan untuk jatuh ke lembah "depression adalah sangat tinggi dan sesungguhnya itu adalah kawasan yang sangat bahaya...
Cari seribu cara untuk"divert" diri sendiri macam borak-borak dengan mak ayah...
Pasang lagu-lagu "hipstres" berdentum sampai orang sebelah boleh dengar...
Sesi luah perasaan dengan "inner circle"..."Inner circle" maksudnya orang yang sentiasa korang ingat tak kira apa jua keadaan, yang sentiasa bercerita, yang sentiasa rindu-windu*(blushing)

Itu benda yang aku selalu buat sebabnya aku selalu ada naluri yang aku ni hampir-hampir kena "depression" tapi kawan aku cakap aku nie "overthinking".
Mungkin betul sebab bila aku dah pikir satu benda dan benda tu akan melekat dalam kepala aku sampai bila-bila tak kira situasi sampailah ada orang yang sentak aku kembali ke realiti...
Dan biasanya orang yang bantu menyentak aku adalah dalam kalangan "inner circle" aku...

Tolong ya pilih "inner circle" daripada kawan-kawan yang sememangnya boleh DIPERCAYAI SAMPAI BILA-BILA...
Tak kira macam mana perangai kau tapi masih boleh "get along" dengan dorg...

Untuk mereka yang di luar sana yang aku tak kenal, jangan lupa ALLAH bagi yang muslim tak kira apa pun sentiasa rujuk dia dan bagi yang bukan muslim sentiasa percaya pada Tuhan anda..

Untuk seseorang, tak kira apa pun kemaafan tak kan pernah wujud untuk kau...\
Aku tak kan ganggu ketawa gembira senang hati bahagia yang kau rasa sekarang tapi percaya yang ALLAH sangat sangat adil...
"what goes around comes around"
"Just wait and see"


p/s : emosi sebab gangguan hormon mungkin!sigh!!!

No comments: