Tuesday, 4 August 2015

Random

Salam a'laik...
Dulu masa tengah diploma aku pernah debate dengan kawan aku bab lelaki dengan perempuan tak kan boleh jadi kawan baik...

Sebabnya salah seorang samada lelaki atau perempuan akan terlebih suka ataupun terjatuh hati...
Dan setakat ini dalam hidup aku fakta tu tak pernah lagi salah...
Perkara terpaling baru yang jadi dalam hidup aku...

Aku ada seorang kawan...
Nak senang cerita aku namakan kawan perempuan aku nie "A" dan kawan lelaki aku nie "B"..
Si "A" selalu ajak si "B" keluar sekali dengan kawan kawan dia...
Sangat rapat sampaikan si "A" sanggup untuk drive balik rumah jam 2-3 pagi...

Sebagai balasannya, si "B" bagi mesej pada si "A" yang mengatakan dia anggap si "A" sebagai kawan dan cuba untuk dijadikan kawan baik...
Si "B" menunggu orang lain yang juga satu tempat kerja dengan si "A"...
Dan tujuan mereka rapat hanya supaya tiada lagi jajaan cerita pasal mereka dekat tempat kerja...

Apakah kerelevanannya si "B" buat macam tu sedangkan sebenarnya hati dia dah buat keputusan dari awal lagi?..
Apa tujuan dia rapat dengan si "B" sebenarnya?..
Wallahualam...dia saja yang tahu jawapannya...

Cuma aku nak pesan pada kaum lelaki dekat luar sana...
Jangan bagi harapan kalau dah buat keputusan dari awal...
Jangan buat perempuan tu persinggahan sahaja sebab dia punya hati...
Jangan berjanji bila tak mampu tepati...
Jangan campak dan buang dia macam tu sahaja bila dia dah tiada kepentingan pada kau...
Jangan lari daripada tanggungjawap atas masalah yang kau cipta bersama...

Sebab dia,
Perempuan, wanita atau apa sahaja gelaran kau pada dia
Punya perasaan,
Bukan barang yang boleh dicampak sesuka hati....
Dan lumrah mereka bersifat sensitif...
Hati yang "fragile"...

Mohon terasa...
Mohon dijadikan panduan...


No comments: