Assalam...
Sekarang nie aku masih lagi dalam proses adaptasi kepada belajar balik...
2 tahun lebih tinggal buku tiba-tiba cari balik memang menggelabah jawapnya..
Tapi dah tu keputusan sendiri kena la tanggung dan jawap sendiri..
(ouche!! dekat diri sendiri)
Dan sekarang aku pun sebenarnya dalam proses adaptasi yang lain jugak...
Proses adaptasi kepada realiti yang aku sebenarnya sendiri sekarang ni...
Hahaha...agak lawak dan sila gelak untuk diri sendiri...
Aku sebenarnya dah setahun lebih dibuang dari perhubungan sebenarnya..
Since aku sangat serius walaupun cara aku lebih kepada tak serius dan itu menyebabkan
aku susah untuk terima realiti...
Bukan mengharap kembali tapi proses tu sangat susah...
Lebih baik mencuba daripada sembang kosong je...
Tapi aku selalu ada "random thoughts" yang dia sebenarnya selalu sibuk ambil tahu hal ehwal hidup aku lagi...
Bukan kadang-kadang tapi selalu, selalu sangat...
Bila aku cerita dekat kawan baik aku yang dua orang tu...
Aku yang kena "bash" balik sebab dorang cakap aku tak "move on" lagi...
Aku pertahankan diri sendiri dengan harapan benda tu akan jadi realiti...
Tapi lepas tu aku kena dengar jugak cakap dorang sebab memang takde apa apa jadi...
Maksudnya apa yang aku sangka tak jadi kenyataan...
Dan kena "bash" lagi sebab paranoid dan "overthinking"..
Nasib lah sebab yang seorang kaunselor, yang seorang macam mak...
Lepas tu bila aku terpikir perkara yang macam bagi harapan dekat diri sendiri pasal hubungan lama aku akan bash diri sendiri dengan perkataan paranoid dan overthinking...
Haha...rasa macam lawak sebab buat diri sendiri macam tu tapi lebih baik daripada mengharap lagi...
Dan sekarang nie aku ada kurang dua bulan untuk final exam...
Tapi malangnya aku baru tersedar realiti yang aku adalah "student" dan ada masa yang singkat untuk belajar semua subjek-subjek tuh...
Kadang-kadang bila otak aku malas nak belajar mula lah teringat memori lama dan sedih sendiri...
Tragik betul seksa diri sendiri macam tu.,haha
Kalau mak tahu memang lah kena marah lagi...
Tapi sekarang konsep "random thought" memang dah kena buang jauh-jauh sebab memang tak boleh pakai pon...
Haha...ingatan untuk diri sendiri...
No comments:
Post a Comment